Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan kepada Pusat Tahfiz An Nur, Merchang, Terengganu.

Allah SWT berfirman:

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya.”
Al-Baqarah (2:245)

Sabda Rasulullah ﷺ:

“Apabila meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga — sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”
Riwayat Muslim

Semoga sumbangan ini menjadi sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir, dan Allah membalas jasa baik tuan/puan dengan keberkatan dunia dan akhirat.

Jazakumullahu Khairan Kathira.