Pusat Tahfiz Annur merupakan sebuah pusat pengajian al-Quran yang terletak di Lot 850, Kampung Rusila 21080 Marang, Terengganu. Kami telah menerima seramai 180 orang pelajar dari kampung sekitar dan bilangan pelajar dijangka meningkat kepada 300 orang menjelang tahun 2023.

Sudah beroperasi sejak tahun 2009 lagi, kini para pelajar mengaji dalam keadaan sempit dan kurang selesa di bangunan yang telah uzur.

Sebahagian pelajar menerima pengajian dengan yuran yang murah manakala sebahagian lagi yang terdiri daripada golongan anak yatim dan asnaf fakir miskin mendapat peluang pengajian secara percuma.

Dengan dana yang kami ada, kami tak mampu untuk menampung kos pengajian mereka untuk beberapa tahun lagi. Belum lagi dikira kos pembangunan dan naik taraf bangunan.

“Justeru, kami ingin memohon sumbangan dana demi kelancaran pengajian anak-anak tahfiz ini serta menjaga kebajikan mereka dan guru-guru mereka”.

SASARAN DANA

Kos pembangunan dan pembinaan sekolah: RM350,000

Kos operasi, pengurusan, utiliti, pertukangan: RM640,000

Buat masa sekarang kerja-kerja merobohkan bangunan kayu sudah selesai dijalankan dan telah bermula untuk proses pembinaan tapak bangunan baru.

DI bulan Ramadan yang penuh barakah dan kemulian ini, kami memohon jasa baik para budiman untuk membantu kami dalam pembinaan Pusat Tahfiz Annur!

Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Untuk menyumbang secara online, mohon isikan maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

Pihak kami menggunakan khidmat kerjasama dengan BayarCash/WEB IMPIAN SDN BHD membolehkan sumbangan secara online dibuat dengan lancar.

Letakkan reference “INFAQ” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Nota

  • Pihak BayarCash/WEB IMPIAN SDN BHD mengenakan caj RM1 untuk setiap transaksi yang berjaya.

Untuk Infaq/Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

𝗡𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: Pusat Tahfiz AnNur
𝗕𝗮𝗻𝗸 : BANK RAKYAT
𝗔𝗰𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁 𝗡𝗼 : 11-0181555-0

Dana Pembangunan & Naik Taraf Bangunan

RM19,540 of RM500,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM100.00