
Bermula 9hb Mac 2022, pihak PUSAT TAHFIZ AN NUR(ANNUR) menawarkan servis sumbangan bulanan secara automatik atau monthly recurring donation kepada semua penyumbang ANNUR.
Melalui servis ini, para penyumbang boleh membuat sumbangan secara automatik dari semua akaun bank masing-masing melalui FPX atau Financial Processing Exchange. Para penyumbang tidak perlu lagi membuat sumbangan secara manual setiap bulan melalui perkhidmatan online banking. Ia sungguh CEPAT, MUDAH dan MENJIMATKAN MASA para penyumbang.
Para penyumbang hanya perlu mendaftar servis sumbangan automatik dengan mengisi borang yang disediakan. Dalam borang ini, penyumbang perlu mengisi maklumat diri, inf bank dan amaun sumbangan bulanan. Apabila pendaftaran sudah diluluskan, sumbangan akan berjalan secara automatik dan penyumbang akan menerima notifikasi melalui email yang diberikan.


Untuk mendaftar servis sumbangan bulanan automatik, mohon klik butang di bawah 👇
Untuk servis ini, pihak ANNUR telah bekerjasama dengan Payex(Payex Ventures Sdn Bhd) untuk membolehkan sumbangan automatik dibuat dengan lancar dan telus. Terdapat caj RM1.00(sekali sahaja) untuk pendaftaran dan caj 1% dikenakan untuk setiap transaksi sumbangan yang berjaya dibuat.
Pihak ANNUR sangat berharap para penyumbang dapat memanfaatkan servis ini dan terus dapat membantu pihak ANNUR dalam pembangunan dan penyelenggaraan PUSAT TAHFIZ AN NUR (ANNUR).
Jika terdapat apa-apa persoalan boleh Whatsapp pihak kami di 6019-938 7274 atau di 60193831240.
Terima kasih.