
Sistem Pendidikan di MATIZ
Maahad ini menggunakan kaedah Panipati iaitu salah satu kaedah daripada guru kami yang mulia Maulana Qari Yassin hafizahullahu ta’ala dari Jamia’h Darul Quran, Faisalabad,P akistan dalam menghafaz al-Quranul Karim dan shahadah iaitu mengulang al-Quran.
Sasaran untuk pelajar-pelajar ini menghafaz al-Quran adalah selama 3 tahun sahaja dan 2 tahun untuk mengambil Shahadah Hafiz al-Quran.
Seterusnya , pelajar juga akan dikurniakan Sanad Al-Quran yang mutawatir daripada al-Fadhil Ustaz & Shahadah Hafiz al-Quran daripada negara Pakistan. Pelajar juga diwajibkan mengambil Shahadah apabila selesai tamat hafazan 30 juzuk disini bagi memantapkan hafazan mereka.
Sekiranya pelajar tersebut sudah mencapai tahap 10 juzuk maka akan dikenakan ujian Ithbat Hafazan anjuran (PITAS) termasuklah pelajar Shahadah dalam setahun ITHBAT yang dijalankan sebanyak 3 kali.
Sijil Tahfiz
Apabila pelajar sudah menamatkan khatam hafazan sebanyak 30 Juzuk maka pelajar akan dikurniakan sijil khatam hafazan daripada pihak Madrasah. Selain itu , apabila pelajar selesai tamat Shahadah maka Madrasah akan melaksanakan sebuah Majlis dikenali sebagai Majlis Dastarbandi (Majlis Mengikat Serban) seperti konvokesyen.
Pihak Madrasah juga akan menjemput ulama’ besar daripada Pakistan iaitu Maulana Qari Yassin & Mufti Jamilurrahman untuk mengambil imtihan (peperiksaan akhir) Shahadah yakni akan ditebuk sebanyak 4 soalan daripada mereka . Sekiranya salah satu tebuk tersebut didapati gagal maka pelajar terpaksa mengulangi hafalan tersebut untuk tahun yang akan datang kerana Majlis Dastarbandi hanya dilaksanakan setahun sekali sahaja.
- Pelajar Hafiz yang berjaya akan dikurniakan sijil Shahadah Hafiz al-Quran , sijil hafiz daripada JAIS , PITAS dan Shahadah daripada Wifaqul Madaris Arabiyah Pakistan .
- Pelajar Hafiz yang cemerlang dalam SPM juga berpeluang untuk menyambung pelajaran khususnya di IPTA,IPTS,Kolej Swasta mahu pun Universiti dalam apa jua pelbagai bidang ilmu yang diminati . Sekiranya pelajar tersebut tidak minat untuk mengambil SPM pelajar itu boleh mengambil bidang Alim (KITAB) selama 8 tahun sama ada di Madrasatul Quran Kubang Bujuk,Terengganu , Madrasah Tahfiz Mifathul Ulum,Sri Petaling , Madrasah Mazahirul Ulum , Bukit Choras,Kedah , Madrasatul Quran Sinaran Baru,Johor Bharu , Darul Ulum Ar-Rahimiyyah,Jitra ,atau mana-mana sahaja seperti di Temboro,Indonesia , India atau Pakistan .
- Pelajar Hafiz juga berpeluang untuk menyambung ijazah sarjana/Master/PhD di luar negara seperti Mesir , Moroko , Yaman atau Jordan.
Tenaga Pengajar di MATIZ
Berikut adalah antara tenaga pengajar di MATIZ.

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fitri Hanafi Bin Abdul Rahim
Guru Qasidah
Mendapat kelulusan dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu & Pondok Manabi’ul Ulum , Pulau Pinang

Al-Fadhil Ustaz Shafiqurrahman Bin Haji Abdul Rasheed al-Hafiz
Guru Tahfiz
Beliau berkelulusan dari Jami’ah Qadriyyah , Pakistan (Tahfiz & Alim)

Al-Fadhil Ustaz Afif Abdul Rahman Bin Khairul Anuar
Warden

Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Bin Abdul Razak al-Hafiz
Guru Tahfiz
Mendapat kelulusan dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu & Pondok Manabi’ul Ulum , Pulau Pinang

Al-Fadhil Ustaz Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan
Guru Kitab
Beliau berkelulusan dari Pusat Pengajian Ulum Diniah, Jordan