Tahfiz An Nur Development Fund Appeal

15 tahun tahfiz beroperasi. Ribuan tahfiz cilik telah berjaya dididik di Pusat Tahfiz Annur Cilik.

Kini, Tahfiz baru untuk pelajar 13 tahun ke atas akan dibina.

 Atas asbab pentingnya untuk anak tahfiz tidak ketinggalan dalam akademik dan hafazan serta ilmu kemahiran hidup.

Pusat Tahfiz Annur untuk pelajar menengah dan ke atas akan dibina di Merchang,Terengganu.

Alhamdulillah. Atas asbab keperluan pentingnya untuk anak tahfiz tidak ketinggalan dalam akademik dan hafazan serta ilmu kemahiran hidup.

Pusat Tahfiz Annur untuk pelajar menengah dan ke atas pusat tahfiz ini akan dibina di Merchang, Terengganu.

Bahkan, Pusat Tahfiz Annur juga antara tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Ini sebablah wakaf anda sangat diperlukan dalam pembinaan Pusat Tahfiz Annur Merchang. 

Malahan Wakaf  menjadikan umur anda panjang.

Maksudnya, walaupun  dah tiada tapi pahala amalan masih dapat seolah-olah masih hidup   di dunia. 

Kenapa? Biasanya setelah meninggal pahala seperti solat , puasa itu semuanya telah habis. Dah tamat. 

Hanya yang tinggal amalan yang beri  hasil pahala tanpa putus seperti wakaf.

Pahala wakaf juga boleh diberikan ke atas mak ayah kita yang telah meninggal dunia.

Dengan melalui Wakaf ini akan digunakan untuk pembinaan:

  1. Surau Pelajar dan Staff
  2. Bangunan Kelas
  3. Asrama Tahfiz
  4. Rumah Guru

Bayangkan jika anda membuat wakaf ke atas Pusat Tahfiz Annur .

Pahala apa yang terus akan mengalir untuk anda?

Masya’Allah. Banyaknya pahala yang terus menerus mengalir kelak untuk anda.

Alhamdulillah, ini perkembangan terkini pembinaan yang sedang dijalankan di Pusat tahfiz Annur.

Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.Pelaburan yang tiada rugi .Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda.  Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya.Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.


عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : “Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (HR Muslim).

TENTANG PUSAT TAHFIZ ANNUR

Pusat Tahfiz Annur adalah pusat pengajian Islam berteraskan al-Quran dan ilmu praktikal yang ditubuhkan sejak 2007. Awalnya ia dijalankan di sebuah rumah yang telah di wakafkan yang terletak di 850F Kampung Rusila 21080 Marang, Terengganu.Ramai anak-anak yang telah berjaya dididik di pusat tahfiz ini.
Jadi ini membawa kepada pembinaan bangunan baru bagi pendidikan tahfiz yang lebih lengkap di tanah yang terletak di Merchang,Marang.