Tahfiz An Nur Development Fund Ramadan 1447H/2026M Appeal


Setiap kali Ramadan tiba, kita sibuk mengejar pahala puasa, solat tarawih, dan sedekah.
Tapi ada satu amalan yang ganjarannya terus mengalir walaupun kita sudah tiada iaitu WAKAF.

Wakaf adalah sedekah jariah, amalan yang pahalanya tidak terputus seperti yang disebut dalam hadis:
“Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 1631)

17 Tahun Anak Pusat Tahfiz An-Nur Mengaji di rumah kampung yang sempit.

Pusat Tahfiz Annur adalah pusat pengajian Islam berteraskan al-Quran dan ilmu praktikal yang ditubuhkan sejak 2007. Awalnya ia dijalankan di sebuah rumah yang telah di wakafkan yang terletak di 850F Kampung Rusila 21080 Marang, Terengganu.

Ramai anak-anak yang telah berjaya dididik di pusat tahfiz ini.Jadi ini membawa kepada pembinaan bangunan baru bagi pendidikan tahfiz yang lebih lengkap di tanah yang terletak di Merchang,Marang.

Kini Pembinaan Tahfiz di tapak baru telah dimulakan.

Fasa Pertama: Pembinaan Surau Tahfiz

40 % Pembinaan telah dijalankan.
Cuma masih tergendala kerana kekurangan dana.

FASA KEDUA → Pembinaan Asrama Anak Tahfiz, Dewan Makan, Bangunan Kelas dan Rumah Guru masih belum dimulakan bagi menyelesaikan fasa pertama pembinaan surau tahfiz terlebih dahulu.

TENTANG PUSAT TAHFIZ ANNUR

Pusat Tahfiz Annur adalah pusat pengajian Islam berteraskan al-Quran dan ilmu praktikal yang ditubuhkan sejak 2007. 

Awalnya ia dijalankan di sebuah rumah yang telah di wakafkan yang terletak di 850F Kampung Rusila 21080 Marang, Terengganu.

Ramai anak-anak yang telah berjaya dididik di pusat tahfiz ini.

Jadi ini membawa kepada pembinaan bangunan baru bagi pendidikan tahfiz yang lebih lengkap di tanah yang terletak di Merchang,Marang.