| Hari ni, Ustaz nak berkongsi mengenai Allah benci “Cakap Tak Serupa Bikin”. Jom dan marilah bersama. 1. Allah membenci orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang diungkapkan oleh lidahnya sendiri. Ancaman ini sangat jelas sehingga Allah menyebutkan kebencianNya terhadap golongan ini. Firman Allah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفْعَلُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Surah al-Saff: 2-3) |
![]() |
| 2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menjelaskan: إِنْكَارٌ عَلَىٰ مَنْ يَعِدُ عِدَةً، أَوْ يَقُولُ قَوْلًا لَا يَفِي بِهِ “Ini merupakan bentuk pengingkaran (penafian/kecaman) terhadap orang yang membuat janji, atau mengucapkan suatu perkataan yang tidak ditepatinya.” (Tafsir Ibn Kathir) 3. Sehinggakan dalam hadis, Rasulullah membayangkan lelaki seperti ini akan dicampak di dalam neraka sehingga terburai perut mereka. Sabda Rasulullah: يُؤْتَى بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَيُلْقَى فِي النَّارِ، فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ، فَيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ “Pada hari kiamat akan didatangkan seorang lelaki, lalu dia dicampakkan ke dalam neraka. Maka terburailah usus perutnya, lalu dia berlegar dengannya seperti keldai yang berputar pada alat kisarnya.” 4. Penghuni neraka berkumpul di sekelilingnya dan berkata: ‘Wahai fulan, apa yang terjadi padamu? Bukankah dahulu engkau menyuruh kami kepada kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’ Dia menjawab: ‘Aku menyuruh kamu berbuat baik, tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Aku melarang kamu dari kejahatan, tetapi aku sendiri melakukannya.’” |
![]() |
| 5. Begitu besar ancaman di sisi Allah terhadap orang yang hanya pandai bercakap sahaja. Berdegar-degar menyampaikan pidato ucapannya tetapi gagal melaksanakan apa yang dituturkan lidahnya. Semoga Allah membimbing kita. |



