Hidup Dengan Manusia

Hari ni, Ustaz nak berkongsi mengenai kita hidup dengan manusia. Jom dan marilah bersama.

Manusia adalah makhluk unik ciptaanNya, punyai pelbagai ragam dan tingkah. Banyak faktor mempengaruhi tindak tanduk seseorang yang menjadikannya seorang yang berperwatakan sedemikian.

Islam mengajar kita melalui tauladan utama iaitu Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sangat mengenali manusia di sekelilingnya sehingga baginda tahu bagaimana menyantuni setiap yang hadir. Baginda SAW pernah berpesan tentang manusia;

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »

Dari Jabir, ia berkata: Rasulullah shollallahu alaihi wasallam bersabda, ”Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR Thabrani dan Daruquthni).

خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan (orang lain) merasa aman dari keburukannya.” (HR. At-Tirmidziy no. 2263).

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ…

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengisahkan, “Aku melihat seorang lelaki yang mendapatkan kenikmatan di syurga kerana sebuah pohon yang dipotongnya di badan jalan yang mengganggu orang lain.” (HR Muslim)

Begitu penting menjaga hubungan sesama manusia sepertimana firman Allah SWT yang menekankan tentang حبل من الله (hubungan dengan Allah) dan حبل من الناس (hubungan sesama manusia).

Berusaha sebaik mungkin memelihara hubungan bukan hanya dengan Allah SWT, tetapi juga sesama insan. Moga kita termasuk dalam kalangan makhluk yang dicintai olehNya dan seluruh makhlukNya.

Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *