![]() |
| 2. Ketika kita menyampaikan dakwah, pasti akan menerima reaksi yang berbeza dari manusia, samada positif atau negatif. Berhati-hatilah dalam membalas respon manusia, kerana reaksi kita berupaya merosakkan amalan kita sendiri. 3. Al-Imam Ibn Asyur memberikan gambaran bagaimana amalan yang baik samada dakwah atau sedekah boleh rosak disebabkan oleh kata-kata yang dikeluarkan dari mulut kita sendiri. Firman Allah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amalan) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti.” 4. Menarik sekali ungkapan al-Imam Ibn Asyur dalam perkara ini. Sekalipun kita sedang melakukan kebaikan, kita tidak sedar kata-kata kita boleh merosakan amal soleh kita. Sekalipun kita sedang berdakwah, berlebih-lebih meenyakiti yang lain dibimbangi merosakkan usaha dakwah kita. |
![]() |
| 5. Teruskan melakukan kebaikan sekalipun dicaci dan difitnah oleh manusia. Allah menilai setiap amal soleh yang dilakukan. Semoga Allah membimbing kita. |



