SUNNAH ZIKIR GUNA JARI

Ustaz nak berkongsi mengenai sunnah zikir menggunakan jari. Jom. Abdullah bin Amr bin al-‘As RA.huma meriwayatkan:رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُهَا بِيَدِهِ“Aku melihat Rasulullah SAW mengira bacaan zikir menggunakan jari tangannya.”(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 3410)
Mengira zikir dengan jari tangan ini afdal kerana jari-jemari ini akan menjadi saksi pada hari kiamat nanti di hadapan Allah.Seorang sahabat wanita, Yusairah RA.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan kepada para wanita:

عَلَيْكُنَّ بِالتَّسْبِيحِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّقْدِيسِ، وَاعْقِدْنَ بِالأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولاَتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ، وَلاَ تَغْفُلْنَ فَتَنْسَيْنَ الرَّحْمَةَ


“Bacalah tasbih, tahlil dan lafaz menyucikan Allah. Kiralah semua itu dengan hujung jari kerana jari-jemari itu akan ditanya dan diminta bercakap oleh Allah. Janganlah kamu leka daripada berzikir, nanti kamu akan melupakan rahmat Allah.”(Hadis Riwayat Ahmad, no. 27089, Abu Daud, no. 1501 & al-Tirmizi, no. 3583) Hadis ini menunjukkan bahawa mengira atau menghitung bacaan zikir dengan jari tangan adalah lebih baik kerana ia merupakan perbuatan Rasulullah SAW berbanding menggunakan biji tasbih atau alat mengira zikir yang lain.Walaupun bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan menggunakan biji tasbih atau apa-apa alat untuk mengira bilangan zikir.Ayuh perbanyakkan zikir dengan lisan dan hati kita. Belajar dan amalkan zikir-zikir Rasulullah SAW.
Semoga Allah menerima amalan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *